fbpx

Baru-baru ini tular di media sosial yang memaparkan dua individu lelaki dikejar oleh kereta polis dalam kejadian di Bukit Kapar dekat Klang, Selangor pada Jumaat.

Video di bawah:

https://x.com/jllmisai/status/1786281361223098723?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw

Dua Lelaki Berkeliaran Dikejar Polis Di Pusingan U

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Majoriti Official, difahamkan kejadian tersebut telah dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi terbabit.

Menurut maklumat awal yang dikongsikan, kedua-dua lelaki tersebut dikatakan cuba membuat pusingan U sebelum ditangkap oleh pihak polis.

Salah seorang lelaki yang juga pembonceng tidak sempat menaiki semula motosikal yang digunakan sebelum ditinggalkan rakannya yang memecut laju meninggalkan tempat kejadian.

Mereka Bukan Penjenayah, Tetapi Lari Sebab Tiada Lesen Memandu

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara iaitu Asisten Komisioner S. Vijaya Rao memaklumkan bahawa kedua-dua individu tersebut bukanlah penjenayah seperti yang didakwa orang awam.

Katanya, penunggang dan pembonceng motosikal yang melarikan diri daripada pemeriksaan polis tidak membawa barangan yang menyalahi undang-undang.

“Polis mengesan sebuah video memaparkan insiden kejar mengejar antara polis dan sebuah motosikal di Jalan Pasar Malam Meru, Klang, pada Jumaat.

“Anggota MPV terserempak dengan sebuah motosikal Yamaha Y15 yang dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota polis telah bertindak menghampiri dua lelaki dan mengarahkan untuk memberhentikan motosikal,” jelasnya.

Walaupun mereka sempat melarikan diri, namun kedua-duanya berjaya ditahan polis pada hari sama.

Pemeriksaan mendapati kedua-dua lelaki tersebut bukan warganegara namun mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Tindakan saman di bawah POL 257 telah dikeluarkan atas kesalahan tidak mempunyai lesen memandu,” ujarnya.

Kredit: Majoriti Official

[fbcomments]