Polis sudah mengenal pasti identiti empat mangsa yang terbabit dalam kejadian kemalangan helikopter yang menyebabkan satu helikopter terhempas di Taman Melawati pada pagi tadi.

Kemalangan membabitkan dua helikopter bertembung dan terhempas. Dua mangsa lelaki disahkan meninggal dunia oleh petugas St John Ambulans Malaysia.

Dua maut

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, kemalangan tersebut telah menyebabkan dua mangsa maut.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamed Sabri Baharom, 56, dan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 44.

Bekas CEO MAS terselamat

Menurutnya, dua lagi penumpang yang selamat dikenali sebagai Datuk Ahmad Jauhari Yahya, 66 selaku Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Penerbangan Malaysia Bhd (MAS)  dan Tan Chai Eian, 51.

Walau bagaimanapun, difahamkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAS) itu enggan menjawab sebarang pertanyaan media ekoran insiden tersebut.

Beliau hanya berkata; “Tak nak (jawab pertanyaan media).

Polis kini sedang menyiasat kemungkinan ada penumpang lain yang terbabit dalam kejadian ini.

Dua helikopter ini daripada syarikat yang sama dan dipercayai dalam penerbangan dari Subang menuju ke Genting Sempah.

[fbcomments]