Baru-baru ini negara telah digemparkan dengan kes penangkapan ketua scam di Malaysia yang membabitkan artis dan juga pegawai polis.
BACA: Bos Besar Macau Scam Ditangkap & Ada Yang Dakwa Ia Dijaga Oleh Pegawai Polis. Betul Ke?
Terkini, difahamkan dua pegawai polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki ada kaitan dengan kes pengubahan wang haram yang membabitkan selebriti tanah air.
Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, namun beliau menjelaskan PDRM tidak dimaklumkan oleh SPRM sebab penahanan dua pegawai berkenaan.
Kes kini disiasat SPRM. Pihak terbabit tidak maklumkan penahanan pegawai kerana isu pengubahan wang haram atau kes lain. Bagaimanapun, kita turut membuat siasatan dalaman mengenai perkara ini.
Pengarah Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman (Datuk Zamri Yahya) akan membuat siasatan sejauh mana pembabitan pegawai dalam isu ini.
SPRM membekukan simpanan RM75 juta
Sebelum ini, SPRM membekukan 750 akaun dengan simpanan kira-kira RM75 juta hasil aktiviti pengubahan wang haram, termasuk membabitkan selebriti.
Agensi itu juga turut menyita 24 kenderaan mewah dan motosikal berkuasa tinggi milik beberapa daripada individu yang ditahan.
Menurut kenyataan dari Berita Harian, pihak suruhanjaya juga telah menyita kediaman mewah milik pasangan suami isteri yang ditahan Jumaat lalu dan seorang suspek lain yang ditahan bersama-sama mereka.
Dalang utama adalah rakyat China
Dalam pendedahan sebelum ini, ada yang mendakwa bahawa dalang utama sindiket berkenaan merupakan rakyat China, tetapi menggunakan ejen di Malaysia untuk menguruskan ‘pelaburan’ termasuk mencari perniagaan berpotensi sebagai platform membersihkan wang hasil penipuan.
Ejen sindiket akan mendekati selebriti tanah air dan menyatakan minat melabur dalam perniagaan atau menyuntik modal untuk selebriti berkenaan memulakan perniagaan.