fbpx

Dua remaja lelaki berusia 13 tahun dilaporkan maut selepas terlibat dalam kemalangan ngeri semasa melakukan aksi wheelie di Jalan Elmina Business Park, Shah Alam, malam Rabu.

Kejadian yang berlaku sekitar pukul 11.20 malam itu menyaksikan kedua-dua motosikal yang ditunggang oleh mangsa bertembung secara berdepan ketika mereka cuba menunjukkan kemahiran berlumba.

Bertembung Sesama Sendiri Dan Maut Di Lokasi Kejadian

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh iaitu Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, kedua-dua remaja tersebut yang berasal dari Kampung Kubu Gajah dan merupakan rakan, meninggal dunia di tempat kejadian akibat pertembungan motosikal mereka.

“Siasatan lanjut mendapati kemalangan berlaku apabila kedua-dua motosikal itu bertembung di laluan bertentangan arah ketika melakukan aksi wheelie dan akhirnya bertembung secara berdepan.

“Akibat kejadian ini, kedua-dua penunggang terbabit yang berumur lingkungan 13 tahun meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dengan polis kini meneliti kemungkinan penunggang motosikal lain yang mungkin turut terlibat.

Statistik menunjukkan peningkatan ketara dalam kemalangan maut akibat berlumba motosikal di Sungai Buloh sepanjang tahun ini, menekankan perlunya perhatian dan kawalan lebih ketat dari ibu bapa terhadap aktiviti berisiko tinggi anak-anak mereka.

Kredit: Berita Harian

[fbcomments]