Penyanyi Bella Astillah sudah menceburi dunia hiburan sejak kecil lagi. Namun, dunia hiburan tidak seindah yang disangka. Bella mendedahkan pernah diambil kesempatan semenjak muncul dalam industri hiburan.
Pelantun lagu Tenang itu berkata melalui podcast milik Hazeman Huzir dan penerbit Hanan Mansor di aplikasi Youtube.
“Sejujurnya, saya pernah orang suruh saya duduk atas peha dia. Masa tu dia cuma cakap ‘duduklah atas peha abang’.
“Waktu saya umur 18 tahun. Saya selalu diambil kesempatan dalam dunia hiburan sejak kecil, dan perkara ini dipersetujui oleh ibu saya,” katanya.

Bella berkata dia kini mahu menjadi lebih tegas dan ingin lebih berani seandainya jika ada yang ingin mengambil kesempatan atas dirinya lagi.
“Saya sedar diambil kesempatan. Jadi sampai hari ini saya dalam industri saya nak belajar jadi seorang yang lebih kuat dan tegas dari dulu.
“Kalau dulu saya tak tahu nak cakap ‘tidak’, saya hanya akan mengiyakan dan ikut saja. Walaupun hati tu rasa tak boleh, tapi saya buat juga. Itu yang saya nak ubah,” katanya lagi.
Bella menceritakan perjalanan dunia hiburannya yang bermula sedari umur 5 tahun dengan menjadi penyanyi lagu kanak-kanak.
Bella bersama adiknya, Didi Astillah membuat 10 album lagu kanak-kanak yang dihasilkan oleh bapanya, pemuzik dan guru vokal, Awang Astillah Abdullah.

“Waktu dulu kami tidak bertanya tentang bayaran. Saya tak tahu rupanya jualan album saya sampai ke Brunei dan Singapura. Mereka dapat banyak duit, tak setimpal dengan apa kami raih.
“Bella sedih sebab dalam muzik video semua lagu tu akan ada props kan. Itu semua ayah saya yang buat
“Ayah banyak bekerja keras untuk semua album ni. Tapi dia tak dapat apa sepatutnya yang dia dapat,” katanya.
Sumber: Youtube Hazeman Huzir