Baru-baru ini, pempengaruh dan usahawan manisan terkenal iaitu Kieda Crepe berdepan dengan cabaran besar apabila rumahnya diceroboh perompak. Walaupun diuji dengan dugaan tersebut, Kieda tetap tabah dan yakin bahawa setiap yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

Dalam perkembangan terbaru, Kieda berkongsi berita gembira bahawa penantian panjangnya untuk menambah ahli keluarga akhirnya tercapai.

Video di bawah:

https://vt.tiktok.com/ZSY4HAMFA/

Lima Tahun Tunggu Cahaya Mata Ketiga

Melalui sebuah video yang dimuat naik di laman TikToknya, Kieda mendedahkan bahawa dia telah menjalani ujian kehamilan yang menunjukkan hasil positif.

Dalam video tersebut, Kieda turut merakam detik kejutan buat suaminya dengan berita gembira itu. Menurut Kieda, mereka telah menunggu kehadiran cahaya mata ketiga ini selama lima tahun.

Kegembiraan dan keterujaan jelas terpancar di wajah mereka apabila hasil ujian kehamilan mengesahkan bahawa Kieda kini sedang hamil.

“Kieda positif mengandung. Mengandung tetap mengandung. Perjuangan tour dan kedai tetap diteruskan. Lima tahun tunggu,” katanya.

Kieda dan suaminya sangat bersyukur dengan rezeki yang diberi dan berharap agar kehamilan kali ini berjalan lancar. Mereka tidak sabar untuk menyambut kehadiran cahaya mata ketiga yang sudah lama dinanti-nantikan.

Kieda juga berterima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan dan doa sepanjang tempoh penantian mereka.

Kredit: TikTok kiedacrepepenang

[fbcomments]