Rasanya pasti ramai yang rindu dengan keenakkan makanan yang disajikan setiap kali penerbangan AirAsia. Paling dirindui pastinya Nasi Lemak Pak Nasser yang hanya boleh dibeli ketika berada di atas udara.

Sambutan luar biasa

Kini tidak lagi hanya dapat dinikmati di udara, malah anda turut boleh menikmatinya di darat atau di sebuah restoran ‘Santan’ yang terletak di Mid Valley Megamall yang baru beroperasi pada Disember 2019.

Namun di atas sambutan yang hangat dan luar biasa, kini jenama makanan dan minuman dalam syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia ini telah melancarkan cawangan restoran keduanya di pusat beli-belah Sunway Pyramid pula.

Mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan

Dalam ekonomi yang mencabar ini, pengembangan Santan mewujudkan peluang pekerjaan baharu untuk membantu para kakitangan industri penerbangan.

Santan turut menawarkan peluang perniagaan francais kepada pengusaha industri makanan dan minuman dengan nilai yang hebat. Jadi, inilah masanya bagi pengusaha tempatan untuk memanfaatkan peluang pelaburan terbaik!

Selain membantu pengusaha tempatan menerokai industri makanan dan minuman, kami juga akan terus bekerjasama dengan perusahaan kecil dan sederhana tempatan untuk memasarkan produk mereka menerusi Santan.“- Pengurus Besar Santan Catherine Goh.

Makanan ASEAN terbaik

Selain menu signature AirAsia seperti Nasi Lemak Pak Nasser dan Uncle Chin Chicken Rice, kini penduduk sekitar Klang Valley yang juga merupakan pecinta kuliner dapat menikmati sajian popular yang terinspirasi dari masakan khas ASEAN seperti Nasi Padang Beef Rendang asal Indonesia, Pineapple Fish Noodle dari Kamboja, Chicken Inasal with Garlic Rice dari Filipina!

Tak cukup dengan tu, Santan turut menyajikan beberapa cemilan yang terinspirasi dari citarasa lokal seperti Onde-Onde Cake!

Dilengkapi dengan teknologi digital di restoran fizikal, para pelanggan boleh memilih untuk menjamu selera, bawa pulang atau penghantaran.

Menawarkan promosi terhad

Untuk meraikan pembukaan cawangan baharu ini, Santan menawarkan promosi masa terhad untuk dua Hidangan Kombo yang terdiri daripada satu makanan dan minuman setiap kombo dengan hanya RM20.

Promosi ini boleh didapati untuk menjamu selera, bawa pulang dan penghantaran di cawangan Sunway Pyramid dan boleh dipesan di santan.com.my dari 22 sehingga 31 Julai 2020 menggunakan kod promosi SUNWAY.

[fbcomments]