fbpx

Pelakon Zila Bakarin pada masa dahulu amat dikenali dengan imej dan penampilannya yang seksi dan sering mengenakan ‘dress’ lekat di badan. Tetapi hidayah itu milik Allah, penghijrahan Zila Bakarin kini amat dikagumi netizen kerana beliau telah meninggalkan imej yang lama dan tampil dengan imej yang baharu.

@zilabakarin2

Doakan Zila Bakarin Kekal Istiqomah Dan Moga Perubahannya Diberkati Allah🥰 #zilabakarin #fyp #fypシ゚viral #fypシ #masukfyp #masukberanda #fypage #foryoupage

♬ original sound – zilabakarin2 – zilabakarin2

Kongsi Perjalanan Penghijrahannya – “Dulu Keluar Tiada Seurat Benang”

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @zilabakarin2 di laman TikTok miliknya, beliau berkongsikan bagaimana perjalanan penghijrahannya. Difahamkan, beliau mengambil keputusan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik pada tahun 2020. Namun apa yang membuatkan Zila lebih terdetik untuk menutup aurat adalah selepas berlakunya satu kejadian ketika beliau mahu mengambil anaknya pulang dari sekolah.

“Saya rasa sekarang ini, saya rasa lagi tenang, rasa macam ‘kenapa aku tak macam ini dulu’. Saya rasa lebih selamat, kejadian itu pada hari yang esoknya nak ambil anak sekolah. Saya ini terkenal dengan pakaian saya dulu, dengan rambut. Tak pernah ada dalam almari itu pakaian bertutup, demi Allah. Sehinggakan esok nak ambil anak sekolah, saya rasa keluar tak ada seurat benang pun.

“Saya rasa macam ‘eh, aku pakai baju ini kenapa macam sejuk saja, amcam takut je’. betul, saya takut, rasa macam tak selamat. Keluar masuk rumah rasa gelisah, saya ambil tudung dan pakai, baru rasa selamat”, luahnya.

Perubahan Tidak Dipaksa Mana-Mana Pihak, Diri Sendiri Mahu Berubah

Melihat video tersebut dengan lebih lanjut, beliau turut mengatakan perubahan yang berlaku ke atasnya adalah secara spontan dan bukanlah paksaan dari mana-mana pihak. Hanya beliau mahu yang terbaik buat diri sendiri di masa hadapan.

“Ibaratnya saya hari ini adalah Zila Bakarin dulu. Esoknya itu saya ambil tudung dan pakai. Pelik kan, sebenarnya saya pun tak tahu, benda itu tiba-tiba saja berlaku. Benda itu berlaku dengan saya tak terfikir pun tentang lepas ini tak ada job, orang ini tak suka, saya tak pernah fikir dan saya fikir ‘Oh aku nak berubah, nak berhijab, aku nak ubah semua yang dulu aku pernah buat, tak nak jadi macam dulu.

“Dan terus la benda itu jadi macam itu saja. Tak ada perkara atau benda yang boleh membuatkan saya ‘Oh kalau benda ini, aku nak pakai tudung’, tidak. Benda itu datang sendiri”, ujarnya lagi.

Bila Allah Jentik Hati

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terpesona dengan kisah penghijrahan yang dikongsikan olehnya. Bahkan, netizen turut bangga dengan perubahan dirinya kerana apabila Allah sudah menjentik hati, maka Hidayah buatnya.

Kredit: TikTok zilabakarin2

[fbcomments]