Selepas pulang dari Jeddah, Ebit Lew mendedahkan bahawa beliau telah membuat laporan polis susulan isu fitnah yang dilemparkan keatasnya. Namun pada Selasa, semalam, pihak polis juga telah menyiasat Ebit Lew sesudah mereka mengambil keterangan daripada beberapa orang saksi berhubung laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita yang berkait dengan beliau.

Pihak Polis Siasat Ebit Lew
Berdasarkan sumber yang dilihat dari Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan telah mengesahkan satu siasatan terhadap Ebit Lew tanpa mendedahkan laporan tersebut dibuat atas kesalahan apa.

Sahkan Ada Terima Laporan Dari Pihak Ebit Lew
Menurut hantaran yang dimuat naik oleh Ebit Lew semalam, beliau telah membuat laporan polis berkenaan isu fitnah yang dilemparkan keatasnya dan polis telah mengesahkan laporan tersebut. Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Mohd Fairus Jaafar memaklumkan bahawa pihak mereka ada menerima laporan dari beliau sekita jam 2.17 pagi.
Difahamkan, Ebit Lew membuat laporan tersebut apabila seorang wanita yang bernama Mondy telah membuat kenyataan yang berbaur fitnah menerusi satu video interview podcast yang dikendalikan oleh Caprice di saluran Youtube.
“Hasil siasatan mendapati video berkenaan memaparkan wawancara yang dikatakan memfitnah individu terkenal tersebut dan kini mendapat 225,177 jumlah tontanan, 2,600 tanda suka dan 2,800 komen. Video memaparkan wawancara yang dikatakan memfitnah individu terkenal tersebut”, jelasnya.
Dinasihatkan Tidak Membuat Sebarang Spekulasi
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian video yang tular di media sosial. Sekiranya didapati terdapat sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang, pihak PDRM akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada” kata Mohd Fairus lagi.
Kes ini bakal disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Kredit: Utusan Malaysia