Personaliti dakwah yang dikenali iaitu Ebit Lew telah menghebohkan ramai apabila mengumumkan tindakan undang-undang dengan memfailkan saman fitnah terhadap dua pempengaruh terkenal iaitu Caprice dan TikToker Indonesia terkenal, Mondy Tatto.

Ebit Lew Fail Saman Fitnah

Berdasarkan hantaran yang dimuat naik oleh Ebit Lew di laman Instagramnya baru-baru ini, beliau telah berkongsi satu gambar bersama seorang peguam terkemuka iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader bagi berhadapan dengan kes fitnah yang dilemparkan ke atasnya oleh beberapa individu.

Peguam Datuk Akberdin

Menurutnya, saman tersebut telah difailkan di Mahkamah Shah Alam pada semalam, Jumaat. “Peguam saya Dato Akberdin telah memfailkan saman fitnah kepada Caprice dan Mondy di Mahkamah Shah Alam tadi (semalam)”, tulis Ebit Lew di ruangan kapsyen.

Pada Ahad lalu, Ebit Lew telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya (USJ 8) selepas pulang dari mengerjakan umrah di Makkah. Laporan yang dibuat adalah susulan isu gangguan seksual yang dilaporkan oleh Mondy Tatto yang mendakwa dirinya telah diganggu oleh Ebit Lew secara beberapa kali.

Setakat ini, 13 orang saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kredit: Instagram Ebit Lew

[fbcomments]