Ketika kerajaan memutuskan untuk memansuhkan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) untuk 33 skim perkhidmatan bermula 1 Januari 2020, rakyat pula mempertikaikan elaun parking menteri yang lebih besar dari gaji doktor.
Elaun parking yang mencecah sebanyak RM 5,700 sebulan membuatkan ramai yang panas hati. Dakwaan itu dikuatkan dengan satu infografik keratan akhbar yang viral di laman sosial, sekaligus mengundang perdebatan dalam kalangan netizen.
Bayangkan elaun parking seorang menteri RM 5,700.00 sebulan sedangkan kita tahu mereka tak perlu pun bayaran parking. Kalau ia perlu pun, rasanya takde lah sampai sebanyak itu.
Elaun parking RM 5,700 tidak betul
Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, maklumat tentang elaun parking berjumlah RM5,700 untuk menteri yang tular di media sosial adalah tidak betul.
Katanya, sepanjang pengetahuannya tidak ada elaun seumpama itu dan beliau sendiri tidak pernah menerima kemudahan sedemikian.
Elaun dan gaji setiap menteri sama (kecuali PM & TPM)
Seorang pengguna laman sosial itu kemudian menyertakan pengisytiharan aset menteri-menteri diterbitkan semula oleh portal MalaysiaKini yang bertanyakan ketepatan angka tersebut.
Saifuddin kemudian menjawab gaji dan elaun setiap menteri adalah sama namun yang membezakan adalah bayaran hutang dan sumbangan kepada parti.
Jadi maksudnya, memang tidak wujud lah elaun parking seperti yang digembar-gemburkan tu?