Perubahan penampilan pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, nyata menarik perhatian ramai apabila dia kini tampil berhijab sepenuhnya.

Keputusan besar itu bukan sekadar percubaan mahupun mengikut trend semasa, sebaliknya merupakan langkah muktamad dalam perjalanan hidupnya sebagai seorang Muslimah.

Video di bawah:

https://www.instagram.com/reel/DP2jHEeCHjR/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Elly Mazlein Tekad Berhijab Sepenuhnya, Akui Lalui Pelbagai Dugaan Selepas Berhijrah

Menerusi perkongsian di Instagram, Elly menjelaskan bahawa jika terdapat video dirinya tanpa hijab, ia merupakan rakaman lama sebelum penghijrahannya. Dalam masa sama, Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom mengakui perjalanan selepas berhijrah bukanlah mudah apabila beberapa tawaran kerja dan kontrak yang sudah dipersetujui tiba-tiba dibatalkan.

Namun, dia memilih untuk melihat setiap ujian itu sebagai hikmah dan motivasi untuk terus kuat.

“Ada yang tanya macam mana kerja selepas berhijrah. Selepas perhijrahan ini, ada kontrak tiba-tiba ditamatkan. Lepas itu, ada yang kita dah bincang, tiba-tiba tarik diri. Pelbagai dugaan selepas berhijab. Setiap kerja yang hilang, Insya-ALLAH akan diganti dengan rezeki yang lebih baik tanpa disangka,” ujarnya.

Elly turut menzahirkan rasa syukur atas sokongan para peminat yang sentiasa mendoakan kebaikan buatnya. Dalam masa sama, beliau itu turut menitip doa agar semua yang menyokongnya diberi rezeki melimpah ruah, umur panjang serta dikelilingi insan baik-baik.

Kredit: Instagram iamellymazlein

 

 

[fbcomments]