Pelakon Emma Maembong selamat melahirkan anak keduanya di sebuah pusat perubatan Kuala Lumpur pada Rabu.

Berita itu dimuatnaik di Instagram suaminya Muhammad Shazli Azhar, 35 yang menunjukkan video Emma sedang memangku bayi mereka.

Emma difahamkan bersalin secara normal dan anak lelaki mereka itu dilahirkan dengan berat 3.4kilogram.

“Alhamdulillah Emma, kita dapat seorang lagi anak lelaki seberat 3.4kilogram. Bersalin secara normal. Allah Maha Besar.”

“Shariq Gabriel sudah jadi abang sekarang,”tambahnya lagi.

Sekadar info, Emma mendirikan rumah tangga dengan Shazli pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.

[fbcomments]