Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial menunjukkan beberapa buah kereta yang cerminnya dipecahkan oleh individu tidak dikenali dalam satu kejadian yang berlaku di tepi jalan berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Awan Besar, Bukit Jalil, pada 1 Julai lalu.
@cdpham 4/7/2024 Awan Besar LRT station Hati2 yg bawah kereta parking yang free…bukan ada jagaan guard..
♬ Tragedy (horror, force, orchestra, movie)(1293642) – TrickSTAR MUSIC
6 Kereta Kena Pecah Cermin Kerana Parkir Secara Haram
Difahamkan kejadian tersebut melibatkan kereta-kereta yang diparkir secara haram di tepi jalan, bukannya di kawasan parkir rasmi yang disediakan oleh pihak Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang lengkap dengan kawalan keselamatan.
Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Cheras iaitu Ravindar Singh Sarban Singh memaklumkan bahawa, pihak polis sedang giat menjalankan siasatan terperinci mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan berhubung kes ini.
“Pada Selasa, bermula jam lebih kurang 9.20 pagi, pihak polis menerima enam laporan polis berhubung kes cermin kereta dipecahkan di tepi jalan kawasan LRT Awan Besar, Bukit Jalil.
“Hasil semakan mendapati kesemua enam kereta ini diparkir pemilik kenderaan pada Isnin bermula jam lebih kurang 3 petang di tepi jalan kawasan LRT Awan Besar.
“Siasatan mendapati, beberapa bahagian cermin kereta dipecahkan suspek yang masih bebas sebelum disedari pemilik kenderaan pada keesokan hari,” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.
Beliau menegaskan bahawa pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melanggar undang-undang dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini diminta untuk menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” tambahnya lagi.
Kredit: Berita Harian, TikTok cdpham