fbpx

Meskipun sedang dilanda masalah rumah tangga dengan pelbagai spekulasi hebat, Datuk Zainal Abidin Hassan tetap bersikap profesional dan menghadiri jemputan majlis jamuan raya hari ini.

Zainal tidak kelihatan canggung bergaul di khalayak ramai dalam majlis sambutan aidilfitri yang diadakan Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM)-Liga Bolasepak Malaysia (MFL)-Liga Bolasepak Amatur Malaysia (AFL) itu.

Namun begitu, dia telah menolak untuk memberi sebarang komen tentang hal peribadinya ketika ditemui wartawan.

Kredit: Harian Metro

Zainal yang hadir memakai baju batik ke majlis berkenaan dianggap bersikap profesional dan menghormati pelawaan tuan rumah ke majlis berkenaan.

Sebelum ini, ada ura-ura mengatakan Zainal dan isteri barunya, Fyna Jebat telah bercerai sejak dua minggu lalu. Namun, perkara itu belum mendapat pengesahan dari pihak Zainal mahupun Fyna sendiri.

Difahamkan punca penceraian pasangan tesebut ialah tiada persefahaman antara Fyna dan isteri pertama, Zainal Abidin, Datin Zalina Zaini.

Sumber: Harian Metro

[fbcomments]