Siapa yang tak kenal dengan Fara Mendoza yang sering saja menjadi sebutan kerana selalu terlibat dengan pelbagai kontroversi panas. Boleh dikatakan sejak kemunculan dia di industri hiburan ini, nama dia tak pernah lekang dengan pelbagai isu-isu hangat.
Sebelum ini, pernah dikaitkan dengan Fizz Fairuz, dilabel sebagai perempuan murahan, sering kali dikecam dengan penampilan yang terlalu seksi sehingga netizen suruh dia murtad je terus dan pernah juga dituduh menggugurkan janin.
Terbaru ini, dia dikatakan telah bergambar bogel tanpa seurat benang dan gambar tersebut telah tersebar luas menerusi aplikasi Telegram sejak Khamis malam.
Menyedari perkara tersebut, dia telah tampil menafikan bahawa dia bukan wanita tersebut. Malah, dia turut mengesyaki perkara ini dilakukan oleh individu yang dikenalinya bagi tujuan menjatuhkannya.
Gambar itu bukan saya. Ia fitnah yang sengaja dilemparkan kerana nak jatuhkan saya.
Mula-mula dia fitnah saya pasal buang janin, sekarang ni dia nak kaitkan saya dengan gambar bogel pula. Dia ingat saya stress dengan fitnah dia?
Dia memang mental… Tiada siapa nak berkawan dengan dia.
Dalam pada itu, Fara juga memberikan amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan dan laporan polis sudah pun dibuat di Balai Polis Wangsa Maju pada Jumaat dan akan mengenakan tindakan saman terhadap individu tersebut.
Sumber : mStar