Rumah tangga pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar sekali lagi menjadi perhatian apabila isterinya, Fara Salleh mendakwa pelawak tersebut telah melafazkan cerai talak satu terhadap dirinya menerusi panggilan telefon dari luar negara.
Pendedahan itu dibuat Fara menerusi hantaran di laman Instagram miliknya yang memuat naik sebuah rakaman video berkaitan lafaz cerai tersebut, dipercayai dilakukan oleh Shuk ketika berada di Thailand.
![]()
Shuk Sahar Didakwa Lafaz Cerai Talak Satu Ketika Berada di Luar Negara
Dalam kenyataannya, Fara memaklumkan bahawa dia akan mengambil langkah untuk mendapatkan pengesahan rasmi berhubung lafaz cerai itu melalui saluran undang-undang di Malaysia. Dalam masa yang sama, dia turut menyatakan kekesalan terhadap tindakan yang didakwa dibuat secara terburu-buru serta tidak beretika.
Menurut Fara, tindakan Shuk itu dilihat sebagai cubaan untuk mengelakkan daripada menjalankan tanggungjawab termasuk berkaitan tuntutan nafkah yang selama ini didakwa culas. Beliau turut mendakwa bahawa terdapat pengaruh pihak ketiga yang mendorong tindakan tersebut dilakukan di luar negara.
![]()
![]()
Fara yang kini sedang hamil turut menyatakan bahawa keputusan Shuk untuk berpisah bukan sahaja mencerminkan kegagalan dalam memikul tanggungjawab sebagai suami, malah didakwa telah lama menunjukkan sikap tidak menyokong kehamilannya sejak awal lagi.
![]()
Sebelum ini, Fara pernah memaklumkan hasrat untuk menamatkan perkahwinan mereka selepas mendakwa Shuk tidak menunjukkan usaha untuk memperbaiki konflik rumah tangga yang timbul. Antara yang pernah disentuh termasuk sikap Shuk yang lebih mengutamakan kehidupan sosial berbanding kebajikan isteri yang sedang sarat mengandung.
Sebagai rekod, pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada November 2023. Shuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera dan bercerai pada 22 Mac 2023.
Kredit: Instagram Fara Salleh