Persengketaan antara Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya berakhir dengan penceraian setelah mereka berdua setuju untuk menamatkan hubungan sebagai suami isteri.

Pasangan tersebut sah bercerai talak satu pada jam 3.22 petang Khamis, semalam.

Lafaz Cerai Dibuat Secara Online

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Harian Metro, prosiding penceraian mereka dilakukan secara dalam talian iaitu menerusi aplikasi Google Meet dalam dewan bicara Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari susulan Farid tidak dapat hadir ke mahkamah atas sebab tidak sihat akibat COVID-19.

“Bahawa saya Farid Kamil Zahari menceraikan Diana Danielle Danny Beeson dengan talak satu”, lafaz yang diucapkan oleh Farid secara online itu.

Diana Tenang Selepas Talak Diucap

Lafaz cerai turut didengari oleh Hakim Syarie Shukran Yusof. Diana kelihatan tenang selepas mendengar lafaz cerai yang diucapkan oleh bekas suaminya itu. Hakim Syarie mengesahkan penceraian talak satu mereka dan memerintah Diana untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan penceraian selain sijil nikah dibatalkan.

Sementara itu, Diana juga yang ditemui di luar mahkamah sebelum prosiding berlangsung memaklumkan bahawa beliau tidak meletakkan sebarang jangkaan dan sedia dengan keputusan dibuat mahkamah. “Saya tidak meletakkan sebarang harapan untuk hari ini (Khamis). Apa sahaja yang berlaku kita kena bersedia”, ujarnya.

Sekadar info, bekas pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata. Namun pada awal Mac 2023, Diana telah memfailkan tuntutan cerai, tetapi ditolak oleh Farid. Pasangan ini juga telah melalui proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) seperti yang telah ditetapkan mahkamah namun gagal menemui jalan penyelesaian.

Kredit: Harian Metro, Mstar

[fbcomments]