Nama pelakon dan pengarah tersohor, Farid Kamil kembali menjadi bualan hangat di kalangan netizen apabila tindakannya mempertahankan rumah tangganya bersama aktres terkenal, Diana Danielle, mendapat pujian ramai.

“Kembali Kepada Agama” – Farid

Sebelum ini, Farid yang terkenal dengan sikapnya yang tegas dan penuh tanggungjawab telah menjadi inspirasi kepada para suami apabila dia mengambil langkah luar biasa dengan menawarkan pendamaian bernilai RM225,000 kepada isterinya.

Tawaran tersebut merangkumi sebuah kereta mewah jenis Vellfire dan barang kemas bernilai RM10,700, yang dilihat sebagai usaha ikhlas untuk menyelamatkan ikatan perkahwinan mereka yang hampir terlerai.

Kesungguhan Farid yang tidak kenal putus asa serta disertai dengan doa dan usaha, akhirnya membuahkan hasil apabila pasangan itu kembali rujuk pada 31 Ogos 2023, hanya selepas 21 hari mereka sah bercerai.

Tindakan Farid yang memilih untuk menurunkan egonya demi memujuk dan menambat semula hati Diana telah membuatkan ramai netizen kagum. Malah, ramai yang menjadikannya sebagai contoh teladan bagi para suami yang menghadapi cabaran dalam rumah tangga.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Farid menjelaskan bahawa kunci kepada penyatuan semula perkahwinan mereka adalah dengan mendekatkan diri kepada agama. Menurutnya, tiada rahsia lain selain kembali kepada ajaran agama yang menjadi sumber kekuatan dan panduannya dalam menghadapi dugaan.

“Kembali kepada agama, itu saja. Saya mungkin cerminan cuma tidak lebih tidak kurang. Allah Maha Kuasa,” tulisnya.

Kredit: Instagram Farid Kamil

[fbcomments]