Sekumpulan wartawan dari China mencuri perhatian ramai apabila mereka bukan sahaja fasih bertutur dalam bahasa Melayu, malah turut menikmati hidangan nasi kandar ketika berada di Putrajaya bagi tugasan media.

@husnaliangliang

Semuanya bercakap bahasa dan order hidangan Malaysia!😋 Kumpulan wartawan China yang bercakap Bahasa Melayu dah sampai Putrajaya untuk wawancara dengan PM! Kena hati-hati ketika makan, jangan kotorkan suit haha! #cinacakapMelayu #hidanganMalaysia #nasikandar #HusnaLiang #fyp

♬ 原创音乐 – Husna

Wartawan China Bertutur Fasih Bahasa Melayu, Curi Tumpuan Ketika Nikmati Nasi Kandar di Putrajaya

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok salah seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Husna atau nama asalnya Liang Liang, kelihatan kumpulan wartawan itu sedang menikmati makanan tempatan sambil berbual santai dalam bahasa Melayu. Difahamkan, mereka berada di Malaysia untuk tugasan khas menemubual beberapa pemimpin negara, termasuk Perdana Menteri, sempena lawatan rasmi ke Putrajaya.

Menariknya, setiap anggota kumpulan media tersebut memiliki nama panggilan dalam bahasa Melayu yang diberikan oleh pensyarah mereka sewaktu mengikuti pengajian Bahasa Malaysia di universiti. Selain Husna, rakan-rakannya dikenali dengan nama seperti Fadil, Rahman, Latifah dan Satria.

“Semuanya bercakap bahasa (Melayu) dan pilih hidangan Malaysia! Kumpulan wartawan China yang bercakap bahasa Melayu dah sampai Putrajaya untuk wawancara dengan perdana menteri,” tulis Husna di ruangan kapsyen video tersebut.

@husnaliangliang

Chinese reporter interview the Hon. Deputy Prime Minister #AhmadZahidHamidi in Malay Language. Wawancara kali ini dilakukan sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia, amat bermakna bagi saya! 🇨🇳🇲🇾Terima kasih banya! #bahasamelayu #Malaysia #50thAnniversaryChinaMalaysia

♬ 原创音乐 – Husna

Untuk pengetahuan, pada tahun lalu, beliau turut pernah menemubual Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam bahasa Melayu bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

Berasal dari Yunnan, China, Husna turut dikenali dalam kalangan peminat tempatan kerana pernah tular sebelum ini semasa Sukan Asia di China, apabila dia ditemubual oleh media Malaysia dan menunjukkan kefasihannya berbahasa Melayu.

Tindakan mereka yang fasih berbahasa Melayu dan menghargai budaya serta makanan Malaysia menerima reaksi positif daripada warga maya, yang rata-ratanya memuji usaha serta semangat mereka dalam mendalami budaya tempatan.

Kredit: TikTok husnaliangliang

 

[fbcomments]