Pelakon dan usahawan Fatin Afeefa telah pergi menunaikan umrah bersama suaminya, Aliff Awang.
Hantaran yang dibuat adik Fatin Afeefa di TikTok itu menunjukkan dia yang sedang bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarganya sebelum berlepas ke Tanah Suci.
Difahamkan, anak-anak mereka tidak turut serta ke Tanah Suci.
“Semoga kita semua ada rezeki untuk sampai ke tanah suci satu hari nanti amin!“
“Take care Angah, semoga dapat umrah yang mabrur inshaAllah. Selamat hari raya maaf zahir batin in advance. Doakan kami semua dekat sini 🥹“
@fatinafeqah Semoga kita semua ada rezeki untuk sampai ke tanah suci satu hari nanti amin! 🫶🏻 Take care Angah, semoga dapat umrah yang mabrur inshaAllah. Selamat hari raya maaf zahir batin in advance. Doakan kami semua dekat sini 🥹
♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong
Menjengah ruangan komen, ramai yang mendoakan pelakon itu agar mendapat umrah yang mabrur.
Mimie Haris: Selamat menunaikan umrah @bukan fatin afeefa ptut ah smlm kata nk pegi dh . Trust me u akan rasa tenang setenang tenangnyaa kat sanaa .doakan i
Temytemybold: Selamat menunaikan umrah my dear @bukan fatin afeefa . Semoga mendapat umrah yg maqbul & diberikan kesihatan yg baik❤️
Selain itu, ramai juga yang tertarik dengan tuan empunya video iaitu adik Fatin Afeefa. Ramai yang mengatakan wajahnya cantik dan saling tak tumpah dengan pelakon itu.
jangantanyanama: cantiknye yg peluk fatin afifah tu.. kakak ke adik😅.. cantikkkk😁
Rose 🌹 Merah: cantik yg peluk Fatin tu…mcm twins nga Fatin..
princessnina894: sis..sis comel sgt pakai specky tu..boleh share brand apa&beli kt mana?
Sumber: TikTok Fatin Afeqah