fbpx

Bersempena Ramadan ini, penyanyi Fattah Amin melancarkan lima buah lagu zikir eksklusif yang boleh didengari di aplikasi Mukmin Pro.

Menurut Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 32, ini merupakan satu penghargaan buatnya kerana dapat melagukan zikir menerusi aplikasi berkenaan.

“Saya bersemangat untuk berkongsi lagu-lagu zikir ini dengan peminat dan komuniti Muslim yang lebih luas”

Harap zikir dapat beri ketenangan kepada pendengar

“Ia merupakan penghormatan untuk melagukan zikir ini secara eksklusif di aplikasi Mukmin Pro dan saya berharap ia dapat membawa ketenangan dan kedamaian kepada semua,”katanya.

Antara lima trek zikir yang dialunkan termasuklah Iktiraf, Taubat Nasuha, La Hawla wa la Quwwata illa Billah, Rabbi Yassir, dan Zikir Fatimah.

Bukan selalu kita dapat mendengar Fattah Amin dalam genre baharu ini. Bagi yang berminat, alunan zikir ini boleh dihayati menerusi Spotif, Apple Music dan YouTube dari minggu pertama Ramadan.

[fbcomments]