Pasangan selebriti terkenal iaitu Fattah Amin dan Fazura akhirnya mengakhiri ikatan perkahwinan mereka selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga selepas disahkan bercerai talak satu.
Proses perceraian mereka disahkan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari pada hari ini.
![]()
Video di bawah:
https://x.com/itskaytobeyou/status/1843125944573403349?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw
Fazura, Fattah Sah Cerai Talak Satu
Fattah, yang dikenali dengan nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, berusia 33 tahun, melafazkan cerai talak satu pada pukul 9.45 pagi di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh. Cerai tersebut diluluskan setelah mahkamah menerima permohonan yang difailkan oleh Fazura, mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Setelah lafaz cerai, Hakim Syarie dengan rasmi mensabitkan bahawa perceraian talak satu antara Fattah dan Fazura, atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, telah berlaku.
Fazura, dalam kenyataan kepada media, mengungkapkan beberapa faktor yang membawa kepada perceraian tersebut, termasuk pengabaian nafkah, kecurangan, dan ketidaksefahaman yang berlarutan.
“Saya menyediakan rumah, makan minum, dan bahkan membelikan hadiah kereta Range Rover untuk Fattah,” ujarnya.
Dengan linangan air mata, Fazura mendakwa bahawa sepanjang empat tahun usia anak perempuan mereka, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun, anaknya itu tidak pernah menerima duit raya daripada Fattah walaupun pelakon itu mempunyai pendapatan yang lumayan.
Fazura juga menyatakan bahawa mental dan emosinya terjejas akibat layanan yang diterimanya sepanjang perkahwinan. Dia mengakui Fattah tidak pernah mempertahankan dirinya ketika fitnah dilemparkan terhadapnya. Situasi ini menyebabkan pelakon wanita itu hidup dalam kesengsaraan bertahun-tahun. Walau bagaimanapun, Fazura kini telah reda dengan apa yang telah ditakdirkan untuknya.
Fattah Amin, sebaliknya, menafikan dakwaan tersebut dengan tegas.
“Saya nafikan, itu semua tohmahan nak mengaibkan saya,” ujarnya.
Fattah menganggap tuduhan Fazura sebagai satu aib yang sengaja direka untuk menjatuhkan reputasinya. “Jangan la main sentimen macam ni, saya tahu tanggungjawab saya; nafkah semua saya beri mengikut kewajipan. Mungkin dia rasa tidak cukup,” tambahnya.
Beliau juga mencabar Fazura untuk menunjukkan bukti, seperti mesej WhatsApp, bagi menyokong dakwaan bahawa dia mengabaikan nafkah.
“Sebelum ini dia tak berkata apa-apa pun, tapi kenapa kali ini tiba-tiba buat dakwaan mengaibkan saya?” soal Fattah dengan penuh kebingungan.
![]()
Fazura dan Fattah mengikat tali perkahwinan pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun.
Kredit: Kosmo!, Majoriti Official, X itsokaytobeyou