Dunia hiburan dikejutkan dengan laporan mengenai isteri kepada pelakon Fikry Ibrahim, Siti Khalizah Alihan, yang dikatakan hadir ke mahkamah syariah bagi prosiding pertama tuntutan cerai.
Perkembangan itu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat dan netizen memandangkan pasangan ini baru sahaja mendirikan rumah tangga empat bulan lalu.

Fikry Ibrahim Mahu Pertahankan Rumah Tangga, Isteri Tampil Dengan Gambar Pegang Tangan
Namun, menerusi satu hantaran terbaharu di Instagram, Khalizah dilihat memuat naik gambar tangan mereka berpegangan erat, disertakan kapsyen ringkas.
“Terima kasih kepada yang mendoakan kebahagiaan kami @fikryibrahim,” tulisnya.
Perkongsian tersebut dilihat meredakan sedikit spekulasi yang timbul sejak isu berkenaan mula diperkatakan pada bulan Mei lalu.

Sementara itu, Fikry atau nama penuhnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 31, turut menyentuh mengenai perkara tersebut ketika bersiaran langsung dalam rancangan Melodi. Dalam kenyataannya, Fikry memberi bayangan bahawa mereka memilih untuk terus mempertahankan perkahwinan.
“Setiap rumah tangga ada dugaannya. Tapi kami pilih untuk teruskan,” katanya ringkas.
Bagaimanapun, sewaktu ditemui pihak media selepas siaran berakhir di Balai Berita, Bangsar, Fikry enggan mengulas lebih lanjut berkenaan situasi yang berlaku.
Kredit: Kosmo!
 
  
  
  
 