Kumpulan Floor 88 difahamkan telah membuat laporan polis terhadap akaun yang didakwa menyebarkan karya telemovie mereka secara haram di Youtube.
Telemovie bertajuk Bas Terakhir Malam Raya itu masih dalam tempoh tayangan di Astro First tetapi ada akaun yang memuat naik video tersebut di Telegram, TikTok dan juga Youtube.
Eric Fuzi selaku wakil kumpulan itu berkata mereka terpaksa mengambil tindakan kerana ia menyebabkan kerugian besar kepada pihak produksi.
“Anggaran kerugian adalah sekitar Rm2.6 juta susulan penayangan telemovie itu di platform berkenaan secara percuma.”
“Awalnya kami mengenal pasti akaun pertama yang memuat naik video dan terus membuat report dan berjaya dihapuskan sejurus laporan.”
“Tetapi akaun kedua itu ambil masa enam hari untuk delete,”katanya lagi yang mengakibatkan kerugian besar kepada pihak produksi.
Video tiada logo Astro
Eric juga tidak menolak kemungkinan ada ‘orang dalam’ terlibat dalam kes tersebut memandangkan mereka telah melakukan semua prosedur kerja yang cukup teratur dalam mengealak kebocoran di platform lain.
“Video tersebut tiada logo Astro Dirst. Jadi ada kemungkinan video uang dimuat naik adalah salinan asal.”
“Jadi kami tidak pasti sama ada ini angkara ‘hackers’ atau ada orang dalam yang terlibat. Bagaimanapun kami tak nak membuat tuduhan melulu. Biarlah pihak polis menjalankan siasatan.”
Mereka mengaku terkesan dengan isu tersebut kerana filem tersebut melibatkan tiga produksi dan terpaksa mengalami kerugian. Mereka berharap pelaku dikenakan tindakan sewajarnya.
Telemovie Bas Terakhir Malam yang mengisahkan perjalanan balik raya mula ditayangkan di Astro First sejak 21 April lalu. Selain Floor 88 sendiri, ia turut dibintangi Hawa Rizwana, Syasya Dolla, Amir Masdi, Datuk Syafinaz Selamat dan ramai lagi.
Sumber: Harian Metro