Siapa tidak kenal dengan Ustaz Ebit Lew, seorang pendakwah yang penuh dengan sikap pemurah serta tidak lekang daripada bersedekah ini.
Pada sekitar Jun lalu,beliau telah membuka pasar raya yang menawarkan barangan dengan harga yang cukup murah. Malah pada pembukaannya je, ia telah diserbu oleh para pengunjung tanpa henti.
Free jer, ambil sahaja
Tujuan adalah untuk memberi kemudahan buat sesiapa sahaja golongan yang memerlukan, mendapatkan bekalan makanan tanpa perlu membayar.
FoodBank yang diletakkan di setiap pasar raya Ebit Lew ini adalah sesuatu yang sudah dihajatinya ketika mula membuka premis perniagaan itu.
Inilah antara niat saya mula-mula dulu buka Elewsmart. Ingin cawangan Elewsmart di setiap tempat ada FoodBank.
Mereka yang benar perlu boleh ambil sahaja secara percuma. Tanpa mengira bangsa dan agama.
Menurut Ebit lagi, mereka yang ingin bersedekah juga boleh berbuat demikian dengan meninggalkan sahaja barangan asas di rak berkenaan.
Mengingatkannya ketika zaman susah
FoodBank itu juga jelas Ebit sentiasa mengingatkan sewaktu kehidupannya berada dalam keadaan sukar satu ketika dahulu.
Saya ingat dulu selalu tiada duit nak makan. Semua gaji saya niat untuk beri dekat mak ayah di kampung.
Sebab masa tu keluarga susah. Pernah sekali masa kerja orang selit RM2 dalam poket. Gembira sangat rasa. Sebab boleh makan nasi.