Kami penat, letih, kesal dan sudah jauh melepasi ‘tahap genting’. Lebih-lebih lagi, kami sangat merindui keluarga kami dan adakah ini cara kamu melayan kami?
Sebagaimana yang dikatakan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, sistem penjagaan kesihatan kita berada pada ‘tahap genting’ (breaking point). Tapi menurut seorang doktor yang merawat pesakit Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, dia memberitahu bahawa sebenarnya dia dan rakan sekerjanya yang juga merupakan frontliner ini sebenarnya sudah melampaui batas tahap genting itu dari dulu lagi.

Pekerja penjagaan kesihatan mempunyai sinonim baru – petugas barisan depan yang bertempur dengan wabak yang membinasakan ini.
Tetapi menjadi tidak masuk akal di hospital saya (Hospital Sungai Buloh) yang juga dikenali sebagai hospital Covid-19 Malaysia.
Sejak semua ini bermula, kami terdedah dengan persekitaran yang tinggi risiko jangkitannya dan berurusan dengan makhluk perang yang tidak diketahui.
Saya seorang doktor yang bekerja di hospital ini dan saya boleh katakan bahawa kemudahan asas yang sepatutnya diberikan untuk kami tidak disediakan. Kadang-kadang kami melakukan syif kerja on-call setiap hari (EOD) dalam menangani dan menguruskan pesakit Covid-19 serta terus bekerja selepas syif panggilan bertugas itu sehingga jam 5 petang.
Saya faham bahawa ini tugas kami dan saya berterima kasih untuknya. Mereka (pengurusan) sepatutnya memberi kami bilik syif on-call, memberi kami makanan syif on-call, memberi kami tempat yang sesuai, sekurang-kurangnya buat kami melepaskan lelah dan berehat sebelum meneruskan pertempuran tetapi semua ini telah diambil atau diberitahu tidak tersedia buat masa ini.

Mereka berkata terdapat pemotongan peruntukan hospital sehingga mereka tidak dapat menyediakan makanan syif on-call.
Adakah anda tahu betapa penat dan letihnya tugas syif kami ditambah dengan memakai PPE di tengah-tengah semua ini?
Ketika kami ingin berehat, tidak ada tempat untuk berehat dan yang paling buruk, kami tidak dapat makan dengan betul.
Kemurungan, ambil ubat antidrepresi
Beberapa doktor kanan malah berkata ‘keadaan yang tidak pernah terjadi sebelum ini memerlukan tindakan yang belum pernah dibuat juga’ (unprecedented times call for unprecedented actions).
Sebilangan besar doktor juga merasa terganggu. Beberapa rakan saya mengalami kemurungan dan mula mengambil ubat anti-depresan.
Sebilangan daripada kami bahkan tidak pernah bertemu atau mengunjungi keluarga atau orang tersayang selama berbulan-bulan.
Kami penat, letih, kesal dan sudah jauh melepasi ‘tahap genting’.
Lebih-lebih lagi, kami sangat merindui keluarga kami dan adakah ini cara kamu melayan kami?

Dengan peningkatan kes baru, kami jangkakan perkara yang paling buruk masih akan berlaku.
Kami tidak mahu pengiktirafan seperti lukisan mural di dinding atau pertunjukan cahaya di jambatan.
Kami meminta sekurang-kurangnya memberikan kami persekitaran yang selesa untuk bertugas dan melayan kami seperti manusia yang terus bekerja selama berjam-jam.
Kredit : MalaysiaKini