fbpx

Seorang gadis yang dikenali dengan nama Ria Ernawanti berasal dari Nusa Tenggara Barat, Indonesia telah dikecam teruk setelah videonya viral, akibat perbuatannya yang dianggap mempersendakan agama.

Dalam video tersebut, Ria Ernawanti dilihat menunaikan solat  dengan memakai telekong, kemudian bergoyang dengan iringan muzik TikTok.

“Kami telah menahan pelaku kerana menghina agama dengan menari sambil solat diiringi muzik,” kata pegawai polis dipetik dari Suara.com.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh polis, pelakunya mengaku melakukan tindakan itu kerana mahu menghiburkan dirinya.

“Pelaku mengaku seronok dengan membuat video TikTok dan memuat naiknya ke media sosial,” jelasnya.

[fbcomments]