Seorang lelaki warga Thailand dilaporkan telah menembak menantunya sampai mati selepas mangsa gagal melunaskan hutang yang dipinjamnya, dipercayai berlaku di wilayah Samut Prakan, Thailand.
![]()
Mangsa Gagal Bayar Hutang Punca Bapa Mentua Lepaskan Tembakan
Berdasarkan sumber yang dilihat dari portal Thaiger, Leftenan Polis Natthanicha Ruengkwan dari Balai Polis Phra Samut Chedi memaklumkan bahawa pihak mereka telah menerima laporan berhubung kejadian pada jam 9 malam, Selasa.
Hasil siasatan mendapati seorang lelaki berusia 54 tahun yang dikenali sebagai Pai, tercedera di dalam bilik tidur di tingkat dua rumah terbabit. Petugas penyelamat bergegas memberikan bantuan kecemasan, namun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
20 Kesan Tembakan Pada Badan Mangsa
Tambah pihak polis lagi, hasil pemeriksaan badan mangsa mendapati lebih 20 kesan tembakan. Suspek iaitu Pring yang berusia 78 tahun hanya terduduk di bilik bersebelahan sambil menunggu untuk menyerah diri. Difahamkan suspek adalah bapa mentua kepada si mati.
Polis telah menahan suspek dan mendakwanya dengan niat membunuh sebelum menghantarnya kepada pegawai penyiasat untuk tindakan undang-undang selanjutnya.
Kredit: Thaiger