Pengasas jenama penjagaan kulit tempatan, Supia, meluahkan rasa kagum terhadap usahawan sensasi, Nur Sajat, kerana sentiasa mengutamakan keluarga dalam setiap aspek kehidupannya.
Tersentuh dengan Kebaikan Nur Sajat, Supia Hadiahkan Telefon Baharu
Dalam satu hantaran di TikTok, Supia dilihat menghadiahkan sebuah telefon pintar jenama antarabangsa kepada Sajat setelah menyedari keadaan telefon yang digunakannya sebelum ini kurang memuaskan. Menurut Supia, hadiah tersebut diberikan sebagai tanda penghargaan terhadap sikap pemurah dan keprihatinan Sajat terhadap keluarganya.
“Saya boleh menilai hati seseorang. Segala wang yang diperolehnya, dia dahulukan untuk keluarga. Apa pun yang berlaku, keluarganya tetap menjadi keutamaan, terutamanya ibu dan ayahnya,” ujar Supia dalam perkongsian tersebut.
Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan rasa terima kasih kepada Sajat, atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, atas hubungan baik yang terjalin antara mereka, yang disifatkan sebagai ikhlas dan penuh kejujuran.
Sementara itu, di ruangan komen, ramai netizen memuji sikap Sajat yang tetap berbuat baik meskipun sering berdepan dengan pelbagai kritikan. Tidak kurang juga yang berasa sebak melihat reaksinya ketika menerima hadiah tersebut, menggambarkan keikhlasan hubungan antara kedua-dua usahawan ini.
Kredit: TikTok supiaufora