Pelakon hebat Gambit Saifullah mengaku ada menerima beberapa tawaran watak lelaki songsang selepas kejayaan drama Suamiku Lelaki Pendosa.

Gambit atau nama sebenarnya Mohd Saifullah Rosli, 38 berkata dia bagaimanapun menolak semua tawaran berkenaan demi mengekalkan eksklusiviti watak Izfairin yang dipegang menerusi drama tersebut.

“Lepas drama Suamiku Lelaki Pendosa, saya ada terima beberapa tawaran watak sama. Tapi saya tolak kerana rasanya biar ia menjadi satu watak yang eksklusif.”

“Kalau saya mahu kembali pegang peranan sebagai lelaki songsang mungkin dalam versi filem drama itu, kalau projek lain saya kena pertimbangkan dahulu,” katanya lagi.

Gambit berkongsi perkara tersebut ketika sidang media kempen Seindah Kasih Media Prima yang diadakan di Studia 3, Glenmarie, Shah Alam pada Sabtu.

Gambit juga bersyukur kerana berjaya membolot trofi kategori Pelakon Antagonis terbaik di Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 menerusi drama tersebut.

Tiada masalah lakonkan watak gay

“Sebenarnya bila saya dapat skrip, saya baca terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk berlakon. Bila saya dapat watak itu, saya tahu ia hanya lakonan jadi tak ada masalah pun.”

Namun, Gambit mengakui tidak mudah melakonkan watak sebagai lelaki gay apatah lagi watak tersebut memerlukan dia menyintai suami orang.

Katanya, dia berasa kekok melakonkan watak Izfairin disebabkan karakter sebenarnya yang disifatkan kasar.

“Saya tak nafikan membawa watak Izfairin membuatkan saya sedikit janggal, tapi bagi saya sedikit sukar kerana membawa peranan sebagai lelaki yang berperasaan perempuan.”

“Saya yang kena buat move tu. Perkara itu sangat berbeza dengan diri saya sebab saya ni kasar orangnya.”

“Saya rasa impak daripa karakter itu juga mencabar kerana saya tak bermain hanya dengan imaginasi dan emosi tetapi lebih kepada aspek teknikal,”tambahnya.

Aktor tersebut turut memaklumkan dia tidak membuat rujukan dengan menonton drama atau filem berkaitan gay tetapi mencipta sendiri personaliti bagi menjayakan watak tersebut.

“Saya seronok bila dapat watak ni, saya tahu saya boleh buat walaupun saya ‘straight’.”

“Percaya atau tidak bila saya dapat watak ni saya bukan study cerita-cerita gay, saya buang semua persepsi itu dan hanya bermain dengan personaliti.”

“Saya cita satu trademark untuk membawakan personaliti itu tetapi babak-babak itu telah dipotong,” katanya.

[fbcomments]