Seorang wanita terpaksa meminta bantuan pihak bomba dan penyelamat untuk memasuki rumahnya sendiri selepas gagal menghubungi anak-anaknya yang berada di dalam kediaman tersebut, dalam kejadian di Pulau Pinang.

@majoritiofficial

Lena sangat tu tidur, apa-apa pun tabik abang bomba kita sentiasa ada untuk bantu. Klik artikel untuk berita penuh. #terkini #beritaterkini #beritaviral #viraltiktok #abangbomba

♬ original sound – Majoriti Official – Majoriti Official

Wanita Panggil Bomba Buka Pintu Rumah Selepas Anak-Anak & Suami Tidur Mati

Insiden yang berlaku di Seberang Baru itu dirakam dan dikongsi oleh wanita berkenaan, dikenali sebagai Mamyra, dalam satu video yang tular di media sosial. Dalam rakaman tersebut, beliau menyatakan kebimbangannya apabila panggilannya kepada anak-anak tidak mendapat sebarang respons.

Bimbang akan keselamatan mereka, wanita itu akhirnya mengambil langkah untuk menghubungi pihak bomba bagi membantu membuka pintu rumahnya.

Susulan tindakan pantas pihak berkuasa, pintu rumah berjaya dibuka tanpa sebarang kejadian tidak diingini. Difahamkan, anak-anak wanita tersebut berada dalam keadaan selamat dan hanya tertidur nyenyak sehingga tidak menyedari panggilan daripada ibu mereka.

Kejadian ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ramai yang menasihatkan ibu bapa agar menyediakan kunci pendua sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan situasi serupa berulang pada masa hadapan.

Kredit: Majoriti Official

 

 

[fbcomments]