fbpx

Kewujudan aplikasi penghantaran makanan yang semakin berleluasa kini semestinya telah memudahkan kehidupan orang ramai kerana dengan hanya membuat pesanan di hujung jari, makanan yang dipesan sudah boleh dihantar ke lokasi yang ditetapkan.

Namun, perkara ini juga boleh menjadi satu isu sekiranya makanan yang diterima berbeza dengan menu yang sudah dipesan, disamping ia akan mendatangkan kemarahan dalam diri sesetengah orang.

Lain Yang Dipesan, Lain Pula Yang Dapat

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @amer__aljeffrey di laman X, ia memaparkan seorang lelaki meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya apabila makanan yang diterima tidak sama seperti apa yang dipesan. Difahamkan, beliau telah membuat pesanan dari sebuah restoran melalui satu aplikasi penghantaran makanan, namun restoran terbabit tidak menyediakan pesanannya dengan betul dan telah mencetuskan kemarahan lelaki berkenaan.

“Hello, saya nak jumpa pengurus, awak tengok ni, awak hantar makanan apa dekat saya? Apa yang saya pesan? Tukar sekarang dan bayar Touch ‘n Go saya, bayar minyak kereta saya,” marahnya kepada pekerja kedai terbabit.

Terpaksa Redah 7KM Pandu Mercedes, Kena Bayar Touch ‘n Go & Isi Minyak Untuk Tukar Makanan

Namun apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah apabila lelaki tersebut mula berang dan melepaskan kemarahannya kepada semua pekerja di kedai itu. Malah beliau juga memberitahu dirinya terpaksa meredah perjalanan sejauh 7 Kilometer (KM) dengan menaiki Mercedes dan terpaksa membayar Touch ‘n Go semata-mata untuk memulangkan makanan itu.

“Apa ni, saya order nasi ayam Hainan. Saya pandu Mercedes datang sini, saya bayar Touch n’ Go, isi minyak hanya untuk tukar makanan ke?” katanya lagi.

Pada akhir video berkenaan, restoran itu bertindak untuk membayar RM20 dan menukar makanan sebagai menebus kesalahan.

Reaksi Netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki itu yang dilihat tidak mampu mengawal kemarahan serta mempersoalkan tindakannya yang seolah-olah mahu menunjuk dirinya memandu kereta mewah. Malah, ada juga yang menganggap pelanggan itu tidak bijak kerana segelintir netizen berpendapat dia boleh sahaja membuat aduan kepada aplikasi makanan tanpa perlu pergi ke restoran tersebut.

Kredit: X amer__aljeffrey

[fbcomments]