fbpx

Penyanyi Nabila Razali menarik perhatian ramai apabila videonya membonceng sebuah motosikal sebagai jalan untuk menghadiri sebuah acara pada malam Ahad tular di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nabila terpaksa menahan seorang penunggang motosikal kerana telah lambat ke acara berkenaan.

“Dah lambat pergi show Nabila terpaksa tahan motor nak tumpang. Jem teruk tinggal berapa meter je nak sampai,”kapsyen di video yang dimuat naik.

@calonmenantucikkiah Replying to @sushysquishy video ori @Nabila Razali tumpang abg motor sbb dah lambat. #fypdongggggggg #fypシ゚viral #foryoupage #fypage #nabilarazali ♬ original sound – Mira Menantu Cik Kiah

Nabila yang memakai baju kurung rona hitam dan putih telah duduk secara mengiring sambil meminta izin untuk memegang beg penunggang motor berkenaan.

“Maaf, saya pegang beg ya. Jangan laju-laju,”katanya kepada penunggang motorsikal berkenaan.

Kejadian tersebut difahmkan berlaku di Jalan Ipoh ketika Nabila dalam perjalanan ke Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2023 yang diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan kejadian tersebut dan berseloroh mengatakan lelaki tersebut bertuah kerana membonceng Nabila Razali.

Tidak kurang juga yang risau akan keselamatan penyanyi wanita tersebut lebih-lebih lagi dengan kedaan jalan raya yang sesak tersebut.

Sumber: TikTok

[fbcomments]