Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dilaporkan maut dalam keadaan menyayat hati selepas orang kampung menjumpai mayat mangsa di kawasan kebun tanpa kepala.
![]()
Penggal Kepala Anak Sedara Semata-Mata Nak Curi Emas & Beli Telefon
Memetik laporan dari portal Trends Tribunnews, difahamkan suspek yang dikenali sebagai AM, 24, telah merancang satu jenayah serius untuk menamatkan riwayat anak saudaranya hanya disebabkan suspek mahu mencuri emas demi membeli sebuah telefon bimbit serta kad sim yang baru.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Sulawesi Utara, Indonesia dan keluarga mangsa menyedari tentang kehilangannya pada jam 1 petang, Jumaat. Selepas beberapa jam mangsa tidak pulang ke rumah, penduduk kampung mula melaksanakan misi mencari mangsa sebelum ia ditemukan pada pukul 7.30 malam dalam keadaan yang tragis.
![]()
Suspek Berpura-Pura Nangis Ketika Lihat Mayat Mangsa
Berdasarkan hasil siasatan, polis mendapati bahawa suspek sudah merancang kegiatan jenayahnya ini tiga hari lebih awal termasuklah menyediakan satu alat yang digunakan untuk membunuh mangsa. Bagi mengaburi mata orang ramai, suspek sempat berkongsikan tentang berita kehilangan mangsa di Facebook, walaupun dia adalah pelaku yang sebenar.
Polis memaklumkan lagi, suspek yang berada di tempat kejadian sempat berpura-pura menangis ketika melihat keadaan mayat mangsa. Suspek bagaimanapun berjaya ditahan selepas menjadi individu terakhir yang bersama dengan mangsa sebelum kejadian berlaku.
Kredit: Portal Trend Tribunnews