Pada zaman yang serba canggih dan viral, rakyat Malaysia pasti tidak akan terlepas untuk mencuba suatu yang baharu untuk mereka merasai pengalaman itu sendiri, terutamanya jika ia melibatkan makanan. Walaupun snek tanghulu sudah lama wujud di China dan Korea, namun Malaysia juga tidak ketinggalan untuk membuat perkara yang sama hingga ada peniaga tempatan yang mengambil peluang keemasan ini untuk menjana pendapatan mereka.
@_erynamira hati hati makan tanghulu pun dah tak selamat guys 🥲
Gigi Patah Sebab Makan Tanghulu
Berdasarkan video yang dimuatnaik oleh @erynamira di laman TikTok, beliau mendedahkan bahawa gigi depannya telah patah setelah menggigit salutan gula keras pada buah-buahan berkenaan. Akibat dirinya terlampau mahu untuk mencuba snek tanghulu, namun kejadian tak diingini pula yang terjadi.
Rupanya Gigi Crown Yang Patah. Terlupa Diri Tak Boleh Makan Benda Keras Guna Gigi Depan
Selepas didapati gigi depannya patah, wanita yang mesra dipanggil sebagai Eryn ini langsung mendapatkan rawatan di sebuah klinik pergigian untuk membaiki keadaan giginya. Difahamkan, gigi depan yang patah adalah gigi crown yang dibuatnya pada masa dahulu dan tidak boleh memakan makanan keras menggunakan gigi tersebut.
Namun disebabkan terlupa, Eryn terpaksa memasang gigi crown nya semula buat kali kedua.
Reaksi Netizen
Meninjau di ruangan komen, ramai netizen yang terhibur dengan kejadian lucu yang dialami Eryn. Meskipun makanan tersebut kian viral, namun ada juga segelintir netizen yang terpaksa menahan diri daripada mencuba terutamanya buat si pemakai pendakap gigi atau braces.
Kredit: TikTok _erynamira