fbpx

Saban tahun, kecederaan dan kemalangan akibat bermain mercun sewaktu hari raya sering berlaku. Itulah yang terjadi kepada penyanyi dan pelakon Naim Daniel semalam apabila berdepan detik cemas akibat mercun bola.

Menerusi hantaran yang dibuat di Instagram, Naim mengalami kecederaan di bahagian tangan, kuku dan dahi selepas bermain mercun bola di halaman rumahnya.

Pelakon siri Project High Council itu menunjukkan bahagian kuku jarinya yang pecah sebelum bergegas ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Naim juga ada memuat naik hantaran dengan kapsyen “Jangan main mercun bola please.”

Menjengah ruangan komen, ramai yang menasihati penyanyi itu disamping bersimpati atas kemalangan yang menimpanya.

Sumber: Instagram Naim Daniel

[fbcomments]