fbpx

Pelakon watak jahat Polis Evo iaitu Pablo Amirul mendedahkan kisah pahit yang terpaksa dilaluinya angkara sering membawa watak antogonis.

Peniaga Tak Mahu Jual Kuih Kepada Pablo Amirul

Menerusi laporan Berita Harian, beliau mengaku bahawa beliau sering menjadi mangsa kebencian masyarakat hanya disebabkan watak yang dibawa dalam filem-filemnya. Pablo Amirul juga pernah berkongsi insiden berdepan dengan seorang peniaga wanita yang enggan menjual kuih kepadanya hanya kerana percaya dia jahat.

“Paling tidak dapat saya lupakan adalah kejadian di Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu, apabila ada seorang makcik tak mahu jual kuih kepada saya sebab terbawa-bawa perasaan benci terhadap watak lakonan. Saya kemudian meminta pembantu peribadi untuk ‘borong’ semua kuih jualannya sambil memberitahu pembeli kuih itu adalah orang yang dibenci. Selepas tahu kisah sebenar, makcik itu senyum kerana tidak sangka orang yang dibenci itulah yang membeli kuihnya”, katanya.

Terharu Kerana Lakonan Menjadi

“Saya ‘borong’ semua jualannya bukanlah kerana marah, sebaliknya, saya anggap lucu. Saya juga terharu kerana lakonan saya menjadi”, ujarnya lagi.

Pablo turut berkata beliau tidak terasa hati dengan tanggapan yang salah oleh masyarakat terhadap dirinya kerana dirinya secara realiti amat berbeza berbanding watak dan karakter yang dipaparkan di TV.

Kredit: Berita Harian

[fbcomments]