fbpx

Baru-baru ini, satu video tular di media sosial menunjukkan seorang pengawal keselamatan menendang sebuah kereta Perodua Alza di hadapan sebuah sekolah gara-gara tidak memberi laluan kepada pelajar yang mahu melintas jalan.

Video di bawah:

https://x.com/update11111/status/1808732339322958079?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw

Pengawal Sekolah Sepak Kereta Alza

Video tersebut dimuat naik oleh @update11111 di platform X, memperlihatkan rakaman dashcam insiden tersebut.

Kejadian bermula apabila pengawal keselamatan yang bernama Mohd Shairazi, yang bertugas mengawal lalu lintas di hadapan sekolah ketika itu memberi isyarat kepada pemandu Perodua Alza untuk berhenti.

Tindakan ini bertujuan memberi laluan kepada seorang murid perempuan yang hendak melintas jalan.

Namun, pemandu Alza tersebut tidak mematuhi arahan dan terus memandu, menyebabkan Mohd Shairazi berang dan menendang kenderaan tersebut.

Selepas ditendang, barulah pemandu Alza itu berhenti dan keluar dari keretanya untuk bertengkar dengan pengawal berkenaan. Murid perempuan yang cuba melintas jalan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Pengawal Tampil Memberi Penjelasan

Mohd Shairazi yang juga merupakan Ketua Pengawal Keselamatan di sekolah tersebut kemudian tampil memberikan penjelasan mengenai insiden itu selepas videonya menjadi tular.

“Saya bertugas kawalan lalu lintas. Allahuakbar, tak sangka pula terus viral.

“Saya bertugas macam biasa, bila anak Ustaz Hafiz nak lintas saya terus angkat tangan untuk hentikan kereta yang datang sebab murid sesi petang ni, walaupun baru dekat tangga diorang terus lari je.

“Tapi kereta tu terus je, perkara berlaku spontan, saya pun tak sangka,” katanya.

Reaksi di ruangan komen menunjukkan ramai yang bersetuju dengan tindakan Mohd Shairazi, menegaskan bahawa pemandu Alza tersebut sepatutnya mematuhi peraturan lalu lintas terutamanya di kawasan sekolah demi keselamatan semua pihak.

Kredit: X update11111

[fbcomments]