Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki bekerja sebagai pengawal keselamatan atau guard tol telah dilanggar oleh sebuah motosikal dalam kejadian di Plaza Tol Juru.
Video di bawah:
https://x.com/mummymikamalik/status/1800066333562065106?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw
Rider Tak Lalu Laluan Motor Langgar Jurutol Ketika Melintas Jalan
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @mummymikamalik di laman X, kejadian tersebut berjaya dirakam melalui dashcam keretanya yang melalui tol berkenaan.
Dalam video tersebut, dapat dilihat seorang pengawal keselamatan mahu melintas jalan dan berhenti seketika sebelum bergerak semula apabila kenderaan di hadapannya memberikan laluan.
Namun, ketika pengawal berkenaan telah menghampiri penghujung jalan di tol tersebut, terdapat sebuah motosikal yang ditunggang laju secara tiba-tiba datang kearahnya.
Tidak mampu mengelak, pengawal keselamatan tersebut telah dilanggar sehingga dia terbaring di jalan manakala penunggang motosikal itu pula terjatuh daripada motornya.
Guard Tol Alami Cedera Ringan, Netizen Luah Rasa Geram
Difahamkan kejadian itu berlaku di Plaza Tol Juru pada 7 Jun lalu dan setakat mereka berada di tempat kejadian pengawal keselamatan itu mengalami kecederaan ringan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dan menyalahkan penunggang motosikal terbabit kerana tidak menggunakan laluan khas untuk motor.
Kredit: X mummymikamalik