Baru-baru ini seorang pelajar lelaki yang berusia tujuh tahun dilaporkan telah ditampar oleh seorang guru di sekolahnya yang juga merupakan seorang Ustazah hanya disebabkan tidak menjumpai sehelai kertas di dalam beg yang dikehendaki.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah sekolah yang terletak di Klang, Selangor dan isu ini mula menjadi perhatian sejak Isnin lalu.
Pipi Bengkak Akibat Dilempang Ustazah
Berdasarkan sumber yang dimuat naik oleh @ndfna di laman Twitter, wanita ini merupakan sepupu kepada mangsa dan beliau mendedahkan ustazah tersebut bertindak sedemikian kerana muridnya tidak menjumpai kertas di dalam beg sewaktu guru tersebut memerlukan.
“Ustazah tu minta surat, sepupu saya cari dalam beg tak jumpa. Kemudian disebabkan sepupu saya tak jumpa dia lempang budak tu. Kenapa dia tak tolong cari? Kenapa kena lempang depan orang ramai? Dia baru berumur tujuh tahun. Budak tu kulit putih memang nampak muka berbekas kena lempang”, luahnya dengan nada geram.
Guru Lain Lihat Kejadian Tersebut Namun Mendiamkan Diri
Menerusi bebenang yang sama, wanita tersebut turut memuat naik tangkap layar perbualan di Whatsapp antara bapa mangsa bersama salah seorang guru yang menyaksikan kejadian tersebut bagi mendapatkan penjelasan.
“Kejadian di depan orang ramai, tapi cikgu lain buat tak tahu je. Lepas tu tak ada tanya pun budak tu okay ke tak lepas kena lempang.. ibarat benda tu biasa saja. Anda sebagai pendidik lagi pula ustazah, you should know better. Boleh pula cikgu-cikgu lain cakap macam ni.. merah sangat ke? Ustazah tu badan besar sah la lagi besar daripada budak umur tujuh tahun. Apa bendalah kau fikir masa lempang ye? Badan besar tangan pun mesti besar kan?”, jelasnya lagi.
Bahagian Pipi Kiri Bengkak, Merah Dan Sakit
Tambahnya lagi, kejadian tersebut telah membuatkan mangsa terpaksa dihantar ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut beserta rawatan.
“Lepas kena tu, mak dia bawa budak tu pergi klinik. Lempang fresh lagi siap pakej bengkak. Pemeriksaan awal oleh doktor mendapati bahagian pipi kiri mangsa bengkak, merah dan sakit”, katanya.
Susulan itu, laporan polis juga telah dibuat oleh bapa mangsa di Balai Polis Klang pada Selasa lepas. Guru besar di sekolah berkenaan turut menghubungi keluarga mangsa pada Rabu untuk menyelesaikan isu ini selepas tular di media sosial. Namun tindak balas yang diberikan sedikit mengecewakan apabila mendengar alasan pihak sekolah yang mendakwa mereka sibuk dengan kursus sehingga menyebabkan mereka lambat memberi respons yang sepatutnya.
Kredit: Twitterndfna