Berang dengan suami kerana enggan menghalau seekor tikus dari dalam bilik tidurnya, seorang wanita nekad menggigit zakar suaminya itu.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Kitwe wilayah Copperbelt di Zambia, Afrika.

Menggigit kemaluan suami

Mengikut laporan Daily Star, hubungan pasangan terbabit iaitu Mukupa Musonda dan suaminya Abraham mula renggang atas sebab tertentu malah mereka juga dilaporkan sudah tinggal di bilik berasingan.

Katanya, Mukupa yang pulang dari minum mendapati bilik tidurnya dimasuki seekor tikus.

Dia meminta Abraham untuk menghalau atau menangkap tikus terbabit namun suaminya enggan sehingga berlaku pertengkaran antara mereka berdua sebelum wanita itu bertindak menggigit kemaluan suaminya.

Mengalami pendarahan

Kesan daripada gigitan itu, Abraham dilaporkan mengalami pendarahan dan terpaksa dirawat di hospital.

[fbcomments]