Pusat Kawalan Sumud Flotilla Nusantara (SNCC) mengesahkan kesemua 12 aktivis kemanusiaan Malaysia yang ditahan tentera Israel dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) berada dalam keadaan selamat.
![]()
12 Aktivis Malaysia Ditahan Israel Disahkan Selamat
Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr. Sani Araby Abdul Alim berkata, maklumat terkini diterima daripada wakil delegasi Malaysia serta beberapa pihak antarabangsa di atas kapal, yang mengesahkan tiada ancaman terhadap keselamatan mereka setakat ini.
Menurutnya, misi kemanusiaan kali ini melibatkan penyertaan aktivis dari 45 buah negara, termasuk negara-negara Eropah serta anggota NATO seperti Turkiye, sekali gus menjadi faktor yang menyekat tindakan agresif Israel kerana mendapat perhatian masyarakat dunia.
![]()
![]()
Terdahulu, 12 aktivis Malaysia termasuk personaliti terkenal tanah air seperti Heliza Helmi, Zizi Kirana, Farah Lee dan Hazwani Helmi dilaporkan ditahan ketika menyertai pelayaran solidariti menuju ke Palestin.
SNCC menegaskan pihaknya akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa serta bekerjasama rapat dengan semua saluran diplomatik bagi memastikan keselamatan semua aktivis terbabit terjamin.
Kredit: Harian Metro