Penyanyi Siti Sarah menempelak segelintir ahli perniagaan yang sanggup menjual maruah diri semata-mata untuk tujuan pemasaran.
Sarah yang juga ahli perniagaan berkata, dia terkilan melihat sikap manusia yang tergamak melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam demi kepentingan diri.

Banyak cara halal boleh guna
Beliau turut berpendapat bahawa terdapat banyak cara lain yang boleh digunakan oleh peniaga di dalam mempromosikan sesebuah item yang dijual tanpa perlu melakukan gimik atau cara promosi yang merepek.
Apa yang saya nak cakap ini, mungkin akan menyakitkan hati beberapa pihak. Tetapi saya rasa sebagai seorang wanita dan sebagai Islam, rasanya saya harus bercakap mengenai perkara ini.
… ada banyak lagi cara kita untuk buat duit tanpa mengaibkan diri, tanpa perlu buat benda-benda yang menjatuhkan maruah kita insyaAllah.

Saya sendiri tidak sempurna
Menurut Sarah, untuk berjaya dalam hidup tidak perlu buat perkara yang tidak senonoh.
Saya sendiri tak sempurna mana dan pernah berpenampilan seksi dan jahil. Namun, taklah sampai sanggup jual ‘barang’ untuk berniaga. Tergoncang, melompat, sehinggalah ada yang melakukan hubungan intim atas katil ambil gambar.
Makin lama makin ramai. Yang perempuan ini pun sama naik.
Ya, anda kuat kerana tidak ada satu orang pun yang mampu menjatuhkan sebab itu makin lama makin menjadi.