Seorang guru sekolah rendah di Dengkil kini dalam siasatan pihak berkuasa susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang bapa yang mendakwa anaknya mempunyai hubungan mencurigakan dengan guru berkenaan.

Polis Siasat Guru Didakwa Jalinkan Hubungan Mencurigakan Dengan Murid 12 Tahun

Menurut sumber, bapa murid perempuan berusia 12 tahun itu mula curiga selepas mendapati anaknya kerap berhubung dengan guru tersebut melalui beberapa aplikasi media sosial, termasuk WhatsApp, TikTok, dan Love8.

Perbualan yang dijumpai dikatakan tidak sesuai bagi seorang kanak-kanak dan menimbulkan kebimbangan mengenai batas profesionalisme guru terbabit.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 bagi meneliti sama ada terdapat unsur jenayah dalam kes ini.

Walaupun siasatan masih berjalan, pihak polis menasihatkan masyarakat agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan kes ini mengikut undang-undang.

Kredit: Malaysia Gazette

 

[fbcomments]