fbpx

Seorang lelaki yang juga merupakan seorang guru dilaporkan meninggal dunia selepas lebih seharian bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF). Mangsa iaitu Ahmad Syahir Abdul Rahman terlibat dalam kemalangan yang dipercayai berlaku di Kampung Panchor, Pagoh dikatakan cedera parah dan dimasukkan ke zon merah HPSF.

Kereta Cuba Memotong Tapi Gagal Dan Rempuh Motor Mangsa

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Harian Metro, Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz memaklumkan bahawa kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumahnya yang terletak di Kampung Parit Raja. Beliau turut berkata sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu oleh seorang penuntut cuba untuk memotong kenderaan di hadapannya tetapi gagal dan tercetusnya kemalangan tersebut.

“Bagaimanapun, cubaan pemandu gagal lalu merempuh motosikal ditunggang mangsa. Rempuhan itu menyebabkan motosikal tercampak dan mangsa mengalami pendarahan di kepala”, ujarnya.

Sempat Ucap Kalimah Allah Sebelum Pergi Selamanya

Mangsa yang merupakan seorang pengajar di Sekolah Kebangsaan Kundang Ulu, Bukit Gambir telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11 pagi, semalam. Menurut saksi sekeliling, mangsa dikatakan sempat mengucap serta menyebut kalimah Allah sebelum tidak sedarkan diri dan langsung dibawa ke HPSF untuk rawatan lanjut.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]