Seorang guru sekolah rendah dilaporkan hilang sejak Isnin lalu selepas keluar dari rumahnya untuk ke tempat kerja dan tidak pulang sehingga kini.

Guru 46 Tahun Hilang Sejak Isnin Lalu, Keluarga Rayu Bantuan Orang Ramai

Mangsa, Hamdan Hamzah, 46, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Jementah, Johor, dipercayai keluar menaiki motosikal Yamaha Ego pada waktu pagi sebelum kehilangan beliau disedari oleh ahli keluarga.

Kegagalan mangsa untuk pulang seperti kebiasaannya menimbulkan kebimbangan, sehingga mendorong keluarganya membuat laporan polis bagi mendapatkan bantuan.

Pihak berkuasa kini giat menjalankan usaha pencarian bagi mengesan keberadaan mangsa, dengan pelbagai pihak termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan turut menzahirkan harapan agar beliau ditemui dalam keadaan selamat.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kehilangan guru ini diminta untuk segera menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.

Sama-sama kita doakan agar beliau dapat kembali ke pangkuan keluarga secepat mungkin.

Kredit: Berita Harian

 

[fbcomments]