Sebuah video tular baru-baru ini di TikTok memaparkan seorang wanita yang dikatakan sebagai pengusaha kantin, meluahkan ketidakpuasannya terhadap seorang guru yang didakwa menjual pelbagai jenis makanan di koperasi sekolah.

@kim_selat

Pelik Betul Lah, Pihak Sekolah Dan Pengetua Tak Ambil Tahu Ke Tentang Masalah Ni, Mana Boleh Cikgu-Cikgu Berniaga Dekat Sekolah, Kan Dah Ada Kantin, Banyak Gila Pulak Tu Jual Barangan Makanan/Minuman, Apa Guna Ada Kantin, Kalah Cikgu Pulak Yang Nak Berniaga.? Baik Tak Payah Buka Kantin, Teruk Sangat Dah Ni, Sekolah Mana Lah Ni, Harap Pihak Berwajip Mengambil Tindakan Sewajarnya, Kesian Owner Kantin.. #fypppppppppppppppppppppp #malaysia #videoviral

♬ original sound – 카이릴 이즈완 – 카이릴 이즈완

Pengusaha Kantin Tak Puas Hati Guru Jual Makanan Untuk Murid Di Sekolah

Dalam rakaman tersebut, pelbagai jenis hidangan seperti spageti, mihun goreng, roti john, nasi lemak, ayam goreng dan lain-lain dipaparkan dengan harga-harga yang diletakkan di atas kaunter.

Selain itu, terdapat beberapa murid yang kelihatan membantu guru tersebut dalam menguruskan penjualan.

“Saya tidak senyap bukan kerana tidak peduli, tetapi saya malas berurusan dengan cikgu. Tetapi cikgu teruskan juga. Adakah mereka diberi kebenaran untuk melakukan ini?” soalnya.

Guru terbabit membalas dengan menjelaskan bahawa penjualan tersebut hanya dibuka sempena hari sukan. Namun, pengusaha kantin menentang dengan mendakwa bahawa guru tersebut menjual makanan setiap hari.

Perkongsian video ini mendapat perhatian yang besar daripada netizen. Ramai yang bersetuju dengan pandangan pengusaha kantin kerana mereka dilantik untuk menyediakan makanan dan minuman untuk sekolah.

Namun begitu, terdapat juga yang tidak ambil peduli kerana mereka merasakan makanan yang dijual di kantin sekolah tidak memuaskan dan agak mahal berbanding dengan harga pasaran.

Terdapat juga pendapat bahawa makanan yang dijual mungkin bukan diuruskan oleh guru tetapi mungkin dibeli dari peniaga luar dan dijual di koperasi sekolah.

Kredit: TikTok kim_selat

[fbcomments]