Bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi, menjadi tumpuan perbincangan hangat di media sosial selepas menghadiri upacara pengebumian Paus Francis pada Sabtu lalu.
![]()
Video di bawah:
https://www.instagram.com/p/DI7-ifiSoUc/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Tindakan Jokowi Tadah Tangan di Depan Jenazah Paus Francis Jadi Perdebatan
Sebuah rakaman video yang tersebar luas memperlihatkan Jokowi menadah tangan seolah-olah berdoa ketika memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Paus. Dalam video tersebut, beliau dilihat berpakaian rasmi lengkap dengan songkok, berdiri bersama rombongannya di hadapan keranda Paus di Basilika St Peter, Vatican City.
Tindakan itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan sebahagian mempertikaikan hukum seorang Muslim berdoa untuk individu bukan Islam yang telah meninggal dunia. Tidak kurang juga yang mempertahankan Jokowi, berpendapat bahawa beliau hanya menunjukkan tanda hormat terhadap upacara berkenaan.
Mengulas isu ini, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus tampil memberikan penjelasan. Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau, Ustaz Azhar menjelaskan bahawa hukum seorang Muslim mendoakan keampunan atau kesejahteraan bagi individu bukan Islam yang telah meninggal dunia adalah haram, sekalipun si mati adalah ahli keluarga terdekat.
![]()
Menurut beliau, umat Islam hanya dibolehkan mendoakan orang bukan Islam yang masih hidup supaya diberikan hidayah. Namun, doa keampunan bagi yang meninggal dalam kekufuran dilarang sama sekali. Penjelasan tersebut turut disertai rujukan kepada firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah, ayat 113, serta pandangan ulama terkenal seperti Imam Al-Maraghi dan Imam Nawawi.
Terdahulu, media antarabangsa melaporkan bahawa ratusan ribu orang membanjiri Vatican City bagi memberi penghormatan terakhir kepada Paus Francis, yang merupakan pemimpin tertinggi Gereja Katolik.
Kredit: Instagram ussfeeds, FB Ustaz Azhar Idrus