Rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle sedang bergolak apabila Diana Danielle dikhabarkan memfailkan penceraian awal bulan Mac.

Menurut laporan Kosmo, Farid telah melakukan pelbagai usaha untuk memujuk isterinya agar tidak meneruskan penceraian.

Malah, menurut pengurusnya Azhari Hamid, hasrat Farid untuk membawa anak-anak keluar untuk menaiki kereta yang baru dibelinya juga tidak kesampaian.

“Sebenarnya Farid menerima notis mahkamah berhubung sebutan kes permohonan daripada Diana minggu lalu, tetapi dia cuba positifkan diri dengan berusaha memujuk.

“Walaupun diminta keluar dari kediaman mereka sejak 3 Mac lalu selain tidak dapat berjumpa anak-anaknya sepanjang tempoh itu, Farid tetap menaruh harapan terhadap perkahwinan mereka.

Tiba-tiba muncul kereta peronda polis

“Cuma apabila tidak dibenarkan membawa keluar Muhammad dan Nur Aurora, serta secara tiba-tiba muncul pula kereta peronda polis di pos pengawal rumah mereka, dia terkejut dan sedih. Saya tahu Farid menangis sebab matanya sembab.

“Mungkin Farid tidak menyangka dia dihalang berjumpa anak-anak, sedangkan kes dibawa ke mahkamah hanya membabitkan permohonan perceraian,” katanya.

Azhari juga berkata Farid akur dengan keputusan mahkamah Hakim Syarie, Shukran Yusof yang memerintahkan dia dan isteri untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai(JKP).

Terdahu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai terhadap Farid. Namun, Farid enggan melafazkan cerai kerana masih sayang akan rumah tangga mereka.

Sumber: xtra (Maya Basir)

[fbcomments]